LAMPAM JAWA RM10 SEKILO

LAMPAM JAWA  RM10  SEKILO

JOIN UNVEST 15% MONTHLY DIVIDEN

LAMPAM JAWA - HARGA RM10 SEKILOGRAM

LAMPAM RM8 SEKILO

LAMPAM JAWA, LAMPAM DAN TERBOL

LAMPAM JAWA, LAMPAM DAN TERBOL

LAMPAM JAWA utk dijual

LAMPAM JAWA utk dijual

IKAN TENGALAN DAN IKAN LAMPAM JAWA

PENEMUAN TERKINI

Kejayaan pertama membiakkan Ikan Tengalan (Puntius bulu) secara aruhan
di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar Batu Berendam, Melaka.

IMG38.jpg (26588 bytes)
Ikan Tengalan (Puntius bulu)

P.P.P.A.T telah berjaya buat kali pertamanya membiakkan Ikan Tengalan (Puntius bulu) secara aruhan pada akhir bulan Januari Tahun 1999 di bawah program R& D nya. Dalam percubaan yang dijalankan, sebanyak dua ekor Ikan Tengalan telah berjaya dibiakkan menggunakan hormon. Kadar persenyawaanya adalah 60% sementara kadar penetasanya ialah 70%. Nilai-nilai ini agak rendah kerana ini merupakan kejayaan pertama. Di masa-masa akan datang kajian akan diteruskan untuk menetapkan dos-dos hormon yang digunakan serta mempiawaikan teknik pembiakan aruhan dan teknologi pengeluaran benih Ikan Tengalan secara besar-besaran.

Maklumat am Ikan Tengalan (Puntius bulu)

Latar belakang

Pada amnya spesis ini boleh dijumpai di kebanyakan sungai-sungai besar di negeri-negeri Perak, Pahang, Johor, Kelantan dan Selangor serta di Tasik Chenderoh dan Tasik Temenggor di Perak dan Tasik Cini di Negeri Pahang. Walaubagaimanapun populasinya pada masa sekarang adalah berkurangan menyebabkan ramai nelayan sungai sukar untuk memperolehinya.

Morfologi

Bentuk badan seakan-akan Ikan Lampam Jawa (Puntius gonionotus). Warna badan adalah hijau perak. Mempunyai banyak tulang halus. Boleh mencapai berat badan melebihi 3.0kg serta mempunyai ukuran panjang melebihi 50sm.

IMG37.jpg (36122 bytes)
Ikan Lampam Jawa (Puntius gonionotus)

Pemakanan

Mempunyai tabiat makanan omnivor dimana makanannya adalah terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, tetapi di dalam kolam ia boleh menerima makanan berbentuk pellet.

Taburan

Ikan ini boleh juga didapati di Sumatera, Borneo dan Thailand.

Kepentingan ekonomi

Mendapat harga pasaran yang tinggi terutamanya di Negeri Pahang, Perak Kelantan dan Sarawak. Nilai pasaran di Semenanjung Malaysia ialah diantara RM15.00 - RM45.00/kilogram sementara di Negeri Sarawak ia boleh mencapai sehingga RM85.00/kg.

Prospek di masa hadapan

Harga pasaran yang tinggi serta penerimaan yang baik terhadap spesis ini oleh orang ramai memungkinkan spesis ini menjadi penting untuk akuakultur di masa hadapan. Juga dengan terdapatnya teknologi untuk membiakkan spesis ini menjaminkan masa depan yang cerah untuk nelayan-nelayan sungai.

senarai nama-nama saintifik bagi ikan air tawar:

May 26, 2008

Berikut adalah senarai nama-nama saintifik bagi ikan air tawar:

Nama Keluarga Nama Saintifik Saiz Biasa Nama Lain
Ikan Baung Bagridae Mystus nemurus (Val) 50 cm Catfish
Ikan Belida - Notopterus Chitala - -
Ikan Bulan - Megalops Cyprinoides / Indo-Pacific Tarpon - -
Ikan Chemperas - Cyclocheilichthys Apogon - -
Ikan Haruan Channidae Channa striatus(Bloch) 40 cm Snakehead, Sang Yee
Ikan Jelawat Cyprinidae Leotobarbus hoeveni (Bleeker) 50 cm Sultan Fish, Sultan Yee
Ikan Kaloi - Osphroremus Gorami - -
Ikan Kap Kepala Besar - Aristichthys Nobilis - -
Ikan Kap Rumput - Ctenopharyngodon Idelius - -
Ikan Kawan - Labiobarbus Festiva - -
Ikan Kelabau - Osteochilus Melanopleura - -
Ikan Kelah - Tor Tambroides - -
Ikan Keli Clariidae Clarias Batrachus (Linn) 30 cm Catfish, Toh Sat Hu
Ikan Kelisa Emas Malaysia - Scleropages Formosus - -
Ikan Kelisa Emas Indonesia - Scleropages Aureus - -
Ikan Ketutu - Oxyeleotris Marmoratus - -
Ikan Kurau - Polynemus spp / Eleutheronema te - -
Ikan Lampam Jawa - Puntius gonionotus atau Puntius Javanicus - -
Ikan Lampam Sungai - Puntius Schwanenfeldii - -
Ikan Lee Koh Cyprinidae Cyprinus carpio (Linn) 50 cm Common Carp
Ikan Lomah / Lambik - Thynichthys Hnynnoides - -
Ikan Parang Sungai - Makrochirichthys Makrochirus - -
Ikan Patin Pangasiidea Pangasius sp. 55 cm Catfish
Ikan Patung / Kepor - Pristolepis Fasciatus - -
Ikan Puyu - Anabas Testudineus - -
Ikan Sebarau - Hampala Macrolepidota - -
Ikan Sepat Siam - Trichogaster Pectoralis - -
Ikan Tapah - Wallago - -
Ikan Tebal Sisik - Barbus Binotatus - -
Ikan Temakang - Helostoma Temmincki - -
Ikan Tengas - Acrossocheilus Hexagonolepis - -
Ikan Tenggalan - Puntius Bulu - -
Ikan Terbul - Osteochilus Hasselti - -
Ikan Tilapia Cichlidae T.Hornorum x T.Mossambica 22 cm Tilapia hybrid
Ikan Toman - Channa Micropeltes - -

Senarai berikut adalah untuk semua jenis ikan yg popular sahaja. Untuk jenis-jenis ikan yang lain, bolehlah mencari di internet ataupun bertanyakan sendiri kepada saya.

ANAK IKAN LAMPAM JAWA

Tuesday, August 31, 2010

Labuh Banting pusat lampam jawa

Labuh Banting pusat lampam jawa

UTUSAN MALAYSIA 1 Feb 2008

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

TASEK GELUGOR 31 Jan. - Kampung Labuh Banting, di sini dijangka menjadi pusat pengeluaran ikan lampam jawa terbesar di Pulau Pinang melalui pelaksanaan perusahaan projek ternakan ikan air tawar secara berkelompok di kampung tersebut.

Sebagai permulaan, 13 kolam ikan air tawar yang terbiar di kampung tersebut akan dipulihkan dan dijangka mampu menghasilkan kira-kira 140,000 ikan lampam yang akan dituai dalam tempoh tiga bulan iaitu bagi semusim ternakan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar berkata, jika projek itu berjalan lancar, kawasan berkenaan juga mampu muncul sebagai pusat pengeluaran ikan lampam pekasam terbesar di negeri ini.

''Berdasarkan kapasiti pengeluaran yang mampu diraih bagi setiap musim, kita percaya kampung ini mampu menjadi pusat pengeluaran ikan air tawar yang besar di Pulau Pinang.

''Ikan di sini bukan sahaja untuk dijual segar tetapi kebanyakannya boleh dikomersialkan melalui proses tambah nilai dengan dijadikan ikan pekasam sebelum dipasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek ternakan ikan lampam jawa dan penyerahan lesen sampan nelayan sungai di Kampung Labuh Banting di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood dan Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Najib Ramli.

Pada majlis itu, sebanyak 100,000 anak ikan lampam jawa dilepaskan bagi musim pertama projek berkenaan dan dijangka dituai dalam masa tiga bulan lagi.

Mohd. Shariff memberitahu, program tersebut merupakan program pemulihan semula 23 kolam ikan air tawar terbiar di kampung berkenaan yang memang sudah wujud sejak 21 tahun lalu.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 13 kolam berjaya dipulihkan manakala sembilan lagi terlibat dengan projek tebatan banjir di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment